Oleh kerana saya telah ditugaskan untuk memilih apa sahaja video yang saya gemari dan yang menarik, saya telah memilih video ini. Saya harap anda akan terhibur! Anda boleh klik link yang tersedia di bawah ini dan anda akan dibawa ke lelaman Youtube.
Video ini agak lama kerana ia merupakan filem pendek. Saya amat kagum dengan sifat juru gambar tersebut yang sangat yakin untuk menangkap Joseph Kony dan membawanya ke muka pengadilan. Video ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam dan saya rasa juru gambar tersebut telah berjaya dalam misinya itu. Saya tertarik untuk menonton video tersebut kerana "effect" yang digunakan dalam video tersebut sangat visual dan mendalam, menanamkan rasa simpati dalam diri saya, terhadap kanak-kanak yang telah menjadi mangsa keadaan. Video ini telah ditonton oleh berjuta-juta orang dan saya pasti sekarang ini semua orang telah tahu akan video 'viral' ini.
No comments:
Post a Comment