Dipetik daripada: http://www.scribd.com/doc/20726939/Senarai-Peribahasa-Sec-1-Hingga-Sec-4
Saya orang Melayu.
Thursday, September 6, 2012
Senarai Peribahasa buat rujukan
Senarai Peribahasa Sec 1 Hingga Sec 4
Dipetik daripada: http://www.scribd.com/doc/20726939/Senarai-Peribahasa-Sec-1-Hingga-Sec-4
Dipetik daripada: http://www.scribd.com/doc/20726939/Senarai-Peribahasa-Sec-1-Hingga-Sec-4
Video yang paling saya gemari :-0
Oleh kerana saya telah ditugaskan untuk memilih apa sahaja video yang saya gemari dan yang menarik, saya telah memilih video ini. Saya harap anda akan terhibur! Anda boleh klik link yang tersedia di bawah ini dan anda akan dibawa ke lelaman Youtube.
Video ini agak lama kerana ia merupakan filem pendek. Saya amat kagum dengan sifat juru gambar tersebut yang sangat yakin untuk menangkap Joseph Kony dan membawanya ke muka pengadilan. Video ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam dan saya rasa juru gambar tersebut telah berjaya dalam misinya itu. Saya tertarik untuk menonton video tersebut kerana "effect" yang digunakan dalam video tersebut sangat visual dan mendalam, menanamkan rasa simpati dalam diri saya, terhadap kanak-kanak yang telah menjadi mangsa keadaan. Video ini telah ditonton oleh berjuta-juta orang dan saya pasti sekarang ini semua orang telah tahu akan video 'viral' ini.

Dari VS Daripada
Hari ini saya akan menulis tentang penggunaan 'Dari' dan 'Daripada'.
Untuk penggunaan 'Dari' , guna formula 'ATM' iaitu Arah, Tempat dan Masa.
Seperti contoh ;
1. Penyanyi terkenal, Justin Bieber, berasal dari Kanada. --> Kanada ialah sebuah negara iaitu satu tempat.
Untuk penggunaan 'Daripada', anda harus ingat bahawa ia hanya digunakan untuk menyatakan orang, perbandingan dan asak kejadian.
Seperti contoh ;
2. Rumah kampung itu diperbuat daripada kayu jati. --> Kayu jati ialah asal kejadian rumah kampung itu

Ialah VS Adalah
Hari ini saya akan menulis tentang penggunaan Ialah dan Adalah. Bilakah kita gunakan Ialah dan Adalah? Adakah penggunaan kedua-dua perkataan itu sama?
Penggunaan 'Ialah' ;
Kata pemeri ialah digunakan di hadapan frasa nama dan frasa nama yang dimulai 'yang'.
Contoh: Razif ialah seorang pelajar yang rajin dan baik hati.
Penggunaan 'Adalah' ;
Kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif.
Contoh pertama: Hadiah ini adalah daripada ayahku. --> 'Daripada ayahku' ialah frasa sendi nama kerana 'daripada' ialah kata sendi nama.
Contoh kedua: Seluar biru yang dibeli Ibu adalah sangat mahal harganya. --> 'sangat mahal' ialah frasa adjektif kerana kata adjektif 'mahal'.
Sekarang, cuba latihan-latihan berikut:
1. Meja ini _____________ daripada kayu jati.
2. Jambatan Pulau Pinang __________ yang terpanjang di Malaysia.
3. Kelakuan Aminah ____________ seperti kakaknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)