Hari ini saya akan menulis tentang penggunaan Ialah dan Adalah. Bilakah kita gunakan Ialah dan Adalah? Adakah penggunaan kedua-dua perkataan itu sama?
Penggunaan 'Ialah' ;
Kata pemeri ialah digunakan di hadapan frasa nama dan frasa nama yang dimulai 'yang'.
Contoh: Razif ialah seorang pelajar yang rajin dan baik hati.
Penggunaan 'Adalah' ;
Kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif.
Contoh pertama: Hadiah ini adalah daripada ayahku. --> 'Daripada ayahku' ialah frasa sendi nama kerana 'daripada' ialah kata sendi nama.
Contoh kedua: Seluar biru yang dibeli Ibu adalah sangat mahal harganya. --> 'sangat mahal' ialah frasa adjektif kerana kata adjektif 'mahal'.
Sekarang, cuba latihan-latihan berikut:
1. Meja ini _____________ daripada kayu jati.
2. Jambatan Pulau Pinang __________ yang terpanjang di Malaysia.
3. Kelakuan Aminah ____________ seperti kakaknya.
No comments:
Post a Comment